Social Icons

Awas!! Kesan Buruk Menggunakan Painkiller/ Panadol

Ramai di antara kita menggunakan painkiller untuk menangani kesakitan yang kita hadapi. Tahukah anda, painkiller atau dalam kata mudahnya, Panadol (Paracetamol) dan ubatan seangkatan dengannya akan memberi kesan sampingan terhadap tubuh kita jika selalu digunakan?

Sebab itu, produk Rhizoplus Az-zahra ini dicipta tanpa mengandungi sebarang ubat kimia atau steroid (dadah). Daripada pengalaman beberapa orang pelanggan terutama yang menghidap gout, kebanyakan mereka mengambil painkiller untuk menahan sakit apabila kesakitan akibat gout menyerang.



Berita baik untuk pengguna Rhizoplus, anda tidak perlu lagi mengambil painkiller untuk menahan sakit. Kandungan bahan organik dalam kapsul Rhizoplus membantu pesakit untuk mengatasi rasa sakit yang dialami daripada kesan gout, migrain, resdung dan sebagainya.

Sila baca kesan-kesan jika mengambil painkiller secara berterusan di bawah:



Panadol adalah bertoksik kepada tubuh kita. Ia merosakkan organ hati. Menurut doktor, Panadol akan tinggal di dalam tubuh selama sekurang-kurangnya 5 tahun. Menurutnya lagi, pernah berlaku seorang pramugari menelan terlalu banyak Panadol semasa kedatangan haid kerana tugasnya perlu berdiri sepanjang masa penerbangan. Dia kini baru berumur 30-an tetapi sudah perlu menjalani rawatan buah pinggang (dialisis) setiap bulan.

Seperti kata doktor tersebut, sakit kepala disebabkan ketidak-seimbangan elektron/ion di dalam sel otak. Sebagai rawatan alternatif, beliau mencadangkan membeli sebotol atau 2 botol minuman isotonik, campurkan dengan air minuman pada kadar 1:1 atau 1:2. Mudahnya, secawan isotonik dengan 2 cawan air minuman.

Saya pernah mencuba kaedah ini dan mendapati ia berkesan. Kaedah lain ialah merendam kaki ke dalam besin yang mengandungi air suam. Ia akan memberi tekanan darah menurun dari kepala anda.

Panadol adalah sejenis Painkiller. semakin banyak anda mengambilnya, semakin lama semakin kurang kesannya kepada anda.. Bererti anda perlukan dos yang lebih lagi apabila ia kurang berkesan.

Pandangan saya:
Apabila kita sakit seperti pening, senggugut, PAINKILLER - dah nama pun painkiller, maksudnya PEMBUNUH SAKIT. pil2 ni cuma akan meredakan rasa sakit je, dia tak akan menyelesaikan punca penyakit tu. so tak mustahil sakit yang sama boleh datang berulang-ulang. penyakit tu tak jugak baik, cuma menghilangkan rasa sakit apabila menelan painkiller.

Kita semua akan jatuh sakit apabila usia kita semakin meningkat. Untuk wanita, mereka akan melalui pengalaman melahirkan zuriat. Bayangkan mereka akan diberi dos yang kuat apabila terpaksa melalui proses bersalin melalui pembedahan. Jika anda terlalu banyak mengambil Panadol atau Paracetamol sepanjang hidup anda, seperti mereka yang ada migrain, ia akan memberi kesan sifar terhadap kesakitan yang anda alami dan anda memerlukan ubat yang lebih kuat lagi untuk mengurangkan rasa sakit. Adakah anda sanggup diberi dadah yang kuat seperti morfin?

Pandangan saya :
Saya pernah baca kisah sorang akak ni yang bersalin melalui pembedahan di hospital kerajaan. yang mana bile doktor bagi ubat tahan sakit dalam dos yang biasa, ubat tu tidak berkesan pada akak ni. 2 kali bagi ubat tahan sakit, tak jalan. kali ketiga kena bagi pil tahan sakit yang mahal sikit (mungkin dos lebih tinggi) baru la dia ok. mungkin sebab akak ni selalu amik paracetamol tiap kali migrain. jadi painkiller makin lama makin kurang berkesan kat dia. bile kurang berkesan, amik dos painkiller lagi banyak. lagi banyak dos painkiller, lagi berisiko orang tu mengalami kerosakan hati, buah pinggang dan penyakit gastrik.

Hargailah kehidupan anda. Fikir sebelum mudah memasukkan ubat yang biasa ini ke dalam mulut anda.

Jawapan dari CYBERCLINICS

Antara kesan-sampingan dan kesan toxic paracetamol:

1. Hepatotoxicity ( rosak hati) : sekiranya pengambilan 10 g atau lebih dalam sehari oleh orang dewasa , ataupun 5 g atau lebih oleh kanak-kanak akan merosakkan hati dan boleh membawa maut. Golongan ini perlukan rawatan N-acetylcysteine (NAC) secepat mungkin. Pengambilan setiap hari dan berpanjangan walaupun 4 g sehari boleh menyebabkan toxicity dan maut.

Paracetamol tidak boleh diberikan pada mereka yang mempunyai penyakit hati (liver failure). Paracetamol juga tidak sekali-kali diberikan kepada mereka yang minum arak (alcohol) ataupun mengambil ubat phenobarbitol. Kedua-duanya HME inducer, maka kesan paracetamol pada hati akan berganda lantas menyebabkan kegagalan hati untuk berfungsi.

2. Nephrotoxicity (rosak buah pinggang). Phenacetin (struktur asal paracetamol) boleh mengakibatkan penyakit Fatal chronic interstitial nephritis.

3. Methemoglobin dan haemolytic anaemia boleh terjadi kepada individu yang mempunyai penyakit G6PD deficiency.

4. Allergic (pada sebahagian individu)

Nasihat: 
Cuba alternatif lain yang lebih mudah dan selamat untuk mengawal kesakitan anda. Rhizoplus adalah salah satu penyelesaian bagi masalah anda.

Atau gunakan kaedah air isotonik seperti 100 Plus, Revive dan sebagainya untuk kesakitan yang ringan seperti demam.

Sekiranya anda perlukan paracetamol @ Panadol, pastikan anda tidak mempunyai penyakit hati, tidak mengambil alkohol, tidak mengambil ubat yang merosakkan hati seperti phenobarbitol dan juga tidak mengambil lebih daripada 10 g sehari (dewasa) atau 5 g (kanak-kanak). Jangan menggunakan paracetamol setiap hari secara berpanjangan.