Social Icons

Kenali Migrain

Sakit kepala merupakan sakit yang biasa dihidapi oleh semua orang tidak kira kanak-kanak mahupun golongan biasa. Namun jika ia sakit yang berpanjangan ia boleh dikira sebagai migrain. Ia merupakan penyakit biasa yang dihadapi oleh golongan remaja. Ia berlaku kerana darah tidak sampai ke otak akibat tersekat dan menyebabkan sakit kepala yang teramat sangat.

Selain pening akibat sakit kepala, migrain juga memberi rasa tidak selesa kepada perut dan loya sehingga menyebabkan pesakit muntah.


Ramai yang bergantung kepada painkiller seperti paracetamol atau bahasa mudahnya Panadol untuk mengurangkan rasa sakit akibat migrai. Namun tahukah anda, pengambilan painkiller secara kerap boleh memberi kesan sampingan kepada tubuh anda?

Baca kesan pengambilan painkiller kepada tubuh di sini.

Perasaan yang sering digambarkan oleh pesakit ketika menghadapi migrain adalah seperti dihempap batu dan kepala berdenyut-denyut seperti dicucuk-cucuk. Serangan migrain ini tidak mengira tempat dan waktu. Kebiasaannya pesakit akan mengalami sakit kepala di sebelah bahagian sahaja.

Migrain ialah sejenis penyakit kepala yang kronik. Mangsa migrain selalunya tidak mampu menjalankan tugas seharian, malah ada yang tidak boleh makan, minum dan hanya menghabiskan masa di bilik tidur.

Kira-kira 12 peratus daripada golongan dewasa di negara ini menghidap migrain dan sebahagian besar daripada mangsa adalah wanita yang masih didatangi haid. Apabila mengalami migrain, pesakit biasanya mengalami sakit kepala yang teruk.

Punca sebenar penyakit ini masih belum diketahui sehingga kini. Bagaimanapun, pakar perubatan berpendapat faktor genetik atau baka adalah salah satu penyebab migrain.

Kemungkinan Punca Migrain:
1. Kesan daripada alahan seseorang
2. Silau akibat lampu yang terang
3. Bunyi yang terlalu kuat
4. Bau wangi yang terlampau kuat
5. Tekanan fizikal atau emosi
6. Waktu tidur yang tidak teratur
7. Merokok atau terdedah kepada asap rokok
8. Stres
9. Menahan lapar
10. Makanan seperti coklat, keju, kopi, limau, tomato dan jeruk atau makanan yang diperap.

Tanda-tanda migrain

  • Rasa ngeri ditusuk dengan jarum pada sebelah kepala dan merebak ke bahagian hidung dan sekitar mata . 
  • Kesakitan teramat sangat dan berdenyut-denyut.
  • Pandangan silau, kabur dan kadangkala menjadi gelap.
  • Tekak berasa loya, muntah dan kadangkala tangan dan kaki menjadi sejuk.
  • Pesakit akan menjadi sensitif pada sebarang bunyi dan suara .
  • Serangan selalunya berakhir dalam tempoh 4-72 jam.
  • Sesetengah pesakit akan mengalami pengumpulan cecair dalam badan seperti bengkak bengkak dan membesar di bahagian tertentu anggota badan .

Cara elak migrain:

  • Kurangkan memakan makanan yang mengandungi thyramine seperti keju
  • Kurangkan makanan yang mengandungi monosodium glutamate (MSG)
  • Elak bau yang busuk, bunyi bising dan asap rokok
  • Kurangkan minum minuman yang mengandungi kafein berlebihan
  • Tenangkan fikiran (kurangkan stress dan tekanan)
  • Jadual tidur yang tetap
  • Jangan menundakan waktu makan dan biar perut kosong terlalu lama .

Apakah rawatan bagi penyakit migrain?

Rawatan dapat dibahagikan kepada dua kaedah iaitu rawatan serangan dan pencegahan. Melalui rawatan serangan, pesakit dinasihatkan supaya berehat di dalam bilik yang gelap dan sunyi. Mereka diberi ubat seperti Paracetamol dan apabila perlu mereka diberikan Ubat Penahan Sakit dan Radang Bukan Steroid (NSAID).

Berita baiknya, kini anda juga boleh merawat migrain anda dengan lebih berkesan tanpa ubat atau dadah. Rhizoplus mampu menyembuhkan migrain anda dalam masa seawal kurang 24 jam.